Mama suruh tunggu kat depan Jam 12 pagi anak dibiar bersendirian di luar sementara ibu bapanya layan filem Dukun.



Entah apa jenis ibu bapa kepada kanak-kanak perempuan ini yang sanggup meninggalkan anak mereka berusia sekitar 6-9 tahun bersendirian menonton wayang dan menunggu mereka di luar panggung dalam sekitar jam 12 tengah malam.

Difahamkan, ibu bapanya berbuat demikian hanya semata-mata mahu menonton filem yang sedang menjadi bualan orang ramai, Dukun. Mujur wanita ini menyedari insiden itu dan menasihatkan agar kanak-kanak perempuan berkenaan duduk di kawasan yang selamat sementara menunggu ibu bapanya.

JADILAH IBU BAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB

Watching a late night movie di MBO Kecil, Kuantan City Mall. Ada couple ini bagi anak dia duduk di depan kami. Ingatkan mereka pergi duduk di bahagian atas. Rupa-rupanya pergi tengok cerita lain.

Mengejutkan! Kulit tampak muda seperti umur 25 tahun dalam 3 hari. Kelapa...
Mengejutkan! Kulit tampak muda seperti umur 25 tahun dalam 3 hari. Kelapa...
Cara mudah singkirkan lemak perut 56 kg 2 minggu. Sebelum tidur, ambil 1 sdt...
Cara mudah singkirkan lemak perut 56 kg 2 minggu. Sebelum tidur, ambil 1 sdt...
Keriput, bengkak, dan kantung di bawah mata menghilang dalam 20 menit!
Keriput, bengkak, dan kantung di bawah mata menghilang dalam 20 menit!
Oleskan 3 tetes di keriputmu tiap pagi dan kulitmu akan mulus seperti bayi
Oleskan 3 tetes di keriputmu tiap pagi dan kulitmu akan mulus seperti bayi
Luar biasa! Lemak perut menghilang dalam 3 hari! Cara murah ini...
Luar biasa! Lemak perut menghilang dalam 3 hari! Cara murah ini...
Wanita usia 51 tahun terlihat seperti remaja! Setiap hari ia mengoleskan...
Wanita usia 51 tahun terlihat seperti remaja! Setiap hari ia mengoleskan...
Resep melawan kantong mata. Ternyata, kamu hanya perlu...
Resep melawan kantong mata. Ternyata, kamu hanya perlu...
Wanita berusia 64 ini tidak memiliki keriput dan semua orang ingin tahu RESEPNYA
Wanita berusia 64 ini tidak memiliki keriput dan semua orang ingin tahu RESEPNYA
JANGAN PERNAH makan ini! Berat Anda akan turun terus!
JANGAN PERNAH makan ini! Berat Anda akan turun terus!

Dari dalam panggung wayang lagi dia asyik memandang-mandang kami sebab masa itu tengok filem Pasific Rim (durasi 10 malam – 12 tengah malam), agaknya dia macam takut dengan monster bagai dan dalam panggung itu hanya ada lapan orang sahaja termasuk kami.

Masa filem yang kami tonton sudah habis, budak itu pun berjalan keluar dengan nampak seperti tidak tahu nak pergi ke mana.

Saya pun tegurlah, “Mama papa mana dik?”

“Diorang pergi tengok cerita Dukun (tayang tamat jam 1.50 pagi),” jawabnya.

“Adik nak pergi mana?” soal saya lagi.

Cara mudah singkirkan lemak perut 56 kg 2 minggu. Sebelum tidur, ambil 1 sdt...
Cara mudah singkirkan lemak perut 56 kg 2 minggu. Sebelum tidur, ambil 1 sdt...
Suamiku tidak sengaja menemukan cara termudah turun 82 kg tanpa diet!
Suamiku tidak sengaja menemukan cara termudah turun 82 kg tanpa diet!
Diet telur selama 3 minggu untuk melangsingkan tubuh. Apa itu? Lihat di sini!
Diet telur selama 3 minggu untuk melangsingkan tubuh. Apa itu? Lihat di sini!
Turun 27kg lemak perut dan kaki dalam 2 minggu! Sebelum tidur, kuminum sesendok
Turun 27kg lemak perut dan kaki dalam 2 minggu! Sebelum tidur, kuminum sesendok
Mengobati varises di rumah dengan mudah dalam 7 hari! Setiap pagi oleskan...
Mengobati varises di rumah dengan mudah dalam 7 hari! Setiap pagi oleskan...
LEMAK LENYAP SEKETIKA! -15 kg seminggu! 1 sdm…
LEMAK LENYAP SEKETIKA! -15 kg seminggu! 1 sdm…
Trik ini menghasilkan 170 juta rupiah sebulan!
Trik ini menghasilkan 170 juta rupiah sebulan!
Inilah produk pembakar lemak perut! Turun 8 kg dalam 3 hari, pada saat tidur
Inilah produk pembakar lemak perut! Turun 8 kg dalam 3 hari, pada saat tidur
Temukan cara turunkan berat 5kg seminggu! Cepat! Mudah! Klik!
Temukan cara turunkan berat 5kg seminggu! Cepat! Mudah! Klik!

“Mama suruh tunggu di depan,” jawabnya.

Kemudian saya cari kawasan yang berada dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan berulang kali memberitahu dia duduk saja di situ dan jangan pergi ke mana-mana atau mengikut sesiapa.

Saya ajak suami patah balik, tetapi suami kata tak payah sebab nanti ibu bapanya pula kata kami kepochi. Sebab memang tinggal cleaner lelaki Bangladesh dan Pakistan sahaja. Tak tenang dibuatnya. Orang kita selagi tak terjadi, selagi itulah mereka ambil mudah.

Jam 12 tengah malam, dia hanya seorang diri berada di situ. Anak perempuan awak bersendirian di luar panggung wayang yang senyap dan sunyi. Hanya ada beberapa pekerja pembersihan sahaja yang berada di situ pada waktu itu.

 
Saya cuma nak cakap, awak (ibu bapa kanak-kanak berkenaan) tidak layak untuk menjadi ibu bapa jika hiburan lebih penting dari keselamatan anak perempuan awak sendiri. Belajarlah dari kes sebelum ini dan jangan ambil mudah.

Sumber: Maya Zehra

Kredit; Thereporter

.

Jangan berseluar dalam / berbikini bila di depan anak, tiada istilah ‘anak masih kecil tak tahu apa-apa’.. Baca ni…

Dari Akhi Fairuz Al-Jengkawi

“Budak lelaki itu kata, semasa dia kecil, dia selalu ternampak bapanya pakai seluar dalam di depan matanya selepas mandi. Ibu dan bapa fikir anak kecil lagi, tetapi mereka tidak sedar yang perbuatan mereka itu tersimpan dalam minda separa sedar anak-anak mereka.

“Nak dijadikan cerita, apabila dia sudah meningkat usia remaja, dia terdedah dengan video pornografi. Anda semua pun tahu bahawa video lucah ini boleh menyebabkan ketagihan. Dah tonton sekali, akan tonton lagi berkali-kali. Bila tengok yang biasa, beralih pula ke hardcore s*x sehinggalah mencari video lucah sesama jantina.

“Pada awalnya dia berasa janggal, namun lama-kelamaan rasa biasa dan condong ke arah itu. Bila sambung belajar ke sekolah berasrama, dibuli pula oleh rakan. Disuruh berbogel dan melakukan onani di hadapan pelajar senior. Mentalnya dibuli. Tetapi lama-kelamaan, ia menjadi perkara biasa dan dia semakin biasa melakukannya.

“Bayangkanlah, dia pernah tengok bapanya berbogel semasa kecil, kemudian ketagih dengan video lucah sesama jantina sehinggalah dibuli seperti itu. Rasa-rasanya apa yang akan terjadi pada remaja ini di kemudian hari?” soal rakan yang membuatkan saya terasa sedih.

“Adakah adik itu akan terlibat dengan gejala homoseksual?” saya menyoalnya kembali dan jawapan yang diberikan, “Ya!”

Kawan-kawan yang baik hati, ini adalah salah satu kisah menyayat hati yang berlaku kepada remaja di luar sana. Masyarakat hanya melihat output; gay, lesbian, pengkid, biseksual, zina. Namun di sebalik semua itu tersimpan memori silam yang kompleks untuk dirungkai.

Sebagai ibu bapa alaf baru, banyak yang perlu kita pelajari dan jaga. Benar, mereka anak kita namun ia bukan syarat untuk kita berbogel atau separa bogel di hadapan mereka. Aurat antara kita dan anak-anak perlu dititikberatkan.

Jangan hanya berseluar dalam dan berbikini sahaja bila berada di depan anak-anak. Apa kita fikir rumah itu sama seperti pantai Los Angeles?

Tuan puan yang disayangi, umum tahu anak kecil akan meniru apa sahaja yang mereka lihat. Segala perilaku ibu bapa mereka akan dipamerkan kembali oleh anak-anak. Anda pemarah, mereka akan cepat marah. Anda suka memukul mereka, mereka akan memukul orang lain pula hatta anda melakukan hubungan intim antara suami dan isteri pun mereka akan ikuti.

Ini kisah benar tuan-tuan. Kami pernah mengendalikan kes murid darjah dua yang melakukan hubungan intim (bercumbu dan meraba) dengan rakan sekelasnya di kala mereka baru berusia 8 tahun. Rasanya apa yang adik ini lakukan asbab nasfu atau hanya mencontohi perilaku ibu dan bapanya?

Setelah disoal-siasat, rupa-rupanya adik lelaki ini biasa melihat ibu dan ayahnya bercengkerama di rumah tanpa malu. Dia melihat dan memerhati tindakan ibu bapanya. Menurut bapanya, itulah cara dia menunjukkan kasih sayang kepada ibunya.

Kata-kata itu dikunci kemas dalam fikirannya.

“Saya suka dia, ini cara saya tunjukkan kasih sayang kepadanya,” kata murid itu mengulangi kata-kata bapanya itu.

Innalilahi wainna ilaihi rajiuun.

Ibu bapa, caknalah perkara ini ya. Jangan sesekali kita tanamkan mindset,

“Tak apa, anak masih kecil lagi. Mereka tidak tahu apa-apa,”

Sudahlah anak diberi gajet seawal usia bayi. Setelah diberi, tidak dipantau pula oleh ibu bapa. Anak kecil ini hanyut dengan dunia YouTube sehingga mereka menonton video yang tidak berpakaian.

Nak menjadi ibu bapa bukan perkara yang mudah. Segala ilmu untuk mendidik anak-anak perlu dipelajari. Fungsi tubuh badan juga perlu dijelaskan dengan baik kepada anak oleh ibu bapa. Ikut tahap umur anak. Fungsi zakar dan faraj perlu diberitahu. Ini tidak, zakar dan faraj pun ditukar kepada istilah yang lain seperti burung dan pepet. Allahu, ia tidak lucah, ia proses mendidik anak-anak.

Tuan puan, soal buli di asrama, kita kena akui ia berlaku. Baik di sekolah biasa atau di sekolah aliran agama. Jika dahulu hanya sekadar dibuli basuh baju pelajar senior, kini ia ditransformasikan ke satu tahap yang dahsyat iaitu dibuli dalam bentuk seksual.

Ibu bapa semua pun ambil tahu tentang isu pelajar asrama yang melakukan buli luar tabi’e kepada rakannya. Jika diulas isu ini, nanti kena saman pula. Takdir tuan-tuan.

Ibu bapa di luar sana, ketahuilah bahawa anak-anak adalah tanggungjawab kita bersama. Gali lagi ilmu, pratikkan. Mudah-mudahan anak kita terhindar dari zina, homoseksual, seks luar tabi’e, pedofil dan yang sewaktu dengannya.

Brother Fairuz
Gombak – 24/5/2017